Kursus di Bangi
If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!
Salam Sejahtera.
Satu sesi kelas forex akan diadakan di Bandar Baru Bangi pada 16 hb Julai (Jumaat) pada jam 3 petang hingga 11 malam. Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi Zu di 0136615025 atau Fendi di 0132482429. Bayaran untuk kursus ialah RM350. Tempat adalah terhad kepada 12 orang.
Caj RM350 adalah termasuk harga ebook. Kepada anda yang ingin membeli ebook Belajar Forex Cara Mudah, Selamat & Berkesan, sila klik di sini. Arahan pembayaran ada disediakan di sini. Pembelian ebook melayakkan anda menghadiri kursus forex kolejforex.
Ebook kami merangkumi;
1) Teknik-teknik penting untuk “survival” bila trading;
-> PENGURUSAN DANA (MODAL ANDA -supaya tidak berlaku margin call)
-> MENGENALI PATEN
-> MEMAHAMI ANALISIS ASAS DAN TEKNIKAL YANG UTAMA
2)Teknik-teknik mudah yang akan diberi;
(untuk mengutip pip sambil goyang kaki
Teknik-teknik ni kalau diajar kepada Pendekar Bujang Lapuk pun dijamin dia orang boleh buat. Tak payah pegi sekolah orang dewasa :), tak payah seru mambang-mambang ![]()
-> 1 teknik khas Kolejforex
-> 2 teknik tersangat mudah (* semua teknik boleh digunakan untuk pair-pair utama)
-> 4 teknik ‘pip percuma’. (Tak perlu baca trend dan guna analisis!)
-> The ‘dos and donts’ in trading forex (”Buat dan jangan buat” dalam trading mata wang)
Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan.
Salam dari Utara Tanah Air
Assalamualaikum,
Kali ini saya berkesempatan bercuti di kampung. Alhamdulillah.
Rasanya sudah hampir setahun tidak menjenguk kampung. Kali terakhir pulang ketika arwah ayahnda kembali ke rahmatullah. Moga rohnya dicucuri rahmat olehNya.
Rasanya, dalam usaha kita mencari kehidupan yang lebih selesa, kita tidak boleh lari daripada mencari keredhaan. Maksudnya, dalam apa saja yang dilakukan, perlu ada keredhaan…keredhaan Allah yang Maha Esa dan keredhaan orang-orang di sekeliling kita. Jika ada kedua-duanya, InsyaAllah apa yang diusahakan akan tercapai.
Sepanjang berkecimpung dalam dunia forex ini, alhamdulillah, bagi saya, inilah pekerjaan yang paling mudah dilakukan dan paling menguntungkan. Jika pandai menguruskan akaun, jika benar-benar faham dan patuh kpd disiplin trading, insyaAllah, kita akan berjaya. (Dan perlu disertakan juga dengan keredhaan
Kebelakangan ini, ada saja rakan-rakan dari kalangan bekas pelajar yang mengirimkan ucapan terima kasih kepada sifu kerana berjaya menurunkan ilmu trading kepada mereka. Alhamdulillah, pihak kami tumpang gembira di atas kejayaan anda semua. Kepada yang kurang bernasib baik kerana mungkin pernah mengalami kerugian, kita muhasabah diri dan perbaiki kelemahan kita. Adakalanya kita tidak dapat melihat kesilapan yang kita lakukan hinggalah kita berhenti sejenak dan meneliti perbuatan kita. Dari situ kita dapat mencari di mana kelemahan dan kesilapan kita, seterusnya, kelemahan dan kesilapan kita perlu diperbaiki supaya keputusan yang lebih baik dapat dicapai.
Mungkin anda pernah mendengar orang mengatakan, “Practise makes perfect”. Memang benar. Latihan akan menyempurnakan segala pekerjaan yang kita lakukan, tetapi, perlulah ada kesedaran tentang kesalahan dan kesilapan yang dilakukan sebelumnya. Jika sesuatu perbuatan dilakukan berulangkali dan hasilnya tetap sama, maka perlu kita berhenti dan mencari apa yang perlu diperbaiki untuk kali yang seterusnya. Jika langkah untuk memperbaiki dilakukan secara berterusan biarpun secara sedikit demi sedikit, lambat laun hasilnya pasti memuaskan. Beginilah sesuatu ciptaan diperbaiki sehingga satu hasil yang benar-benar memuaskan diperolehi.
Begitu jugak dalam trading, jika anda gagal hari ini, tinjau dan lakukan analisis ke atas kegagalan anda. Mungkin lot yang anda buka terlalu besar, mungkin anda tidak mengikut trend semasa, mungkin anda perlu menetapkan stop loss utk post anda, atau sebagainya. cari di mana kesilapan anda. InsyaAllah, kita di lain kali kita lebih berhati-hati untuk tidak mengulangi kesilapan kita, dan kita mengambil langkah untuk mengatasi masalah kita, kita tidak lagi akan mengalami kerugian. Elakkan daripada berhadapan dengan risiko kehilangan apa yang sudah kita miliki. Bak kata orang, sediakan payung sebelum hujan. Tahu apa yang mungkin akan kita tempuhi dan bersiap sedia dengan keperluan untuk menghadapinya.
Hingga di sini saja untuk kali ini. Saya mengucapkan selamat maju jaya untuk semua traders. kepada yang ingin menyertai kami, sila hubungi saya, Zu di 013 661 5025 atau en. Fendi di 013 2482429.
Wassalam.

Subscribe to RSS